Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

70 Orang Anak Orang Asli Terima Sumbangan Peralatan Persekolahan

By 1 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Muhammad Afiq (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 70 orang anak Orang Asli telah diraikan dalam program [email protected] bersama Tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)-Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah baru-baru ini.

Setiap anak-anak tersebut menerima sumbangan peralatan persekolahan serta pihak tadika juga menerima alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah Shaharuddin Daud, berkata program sebegini dapat memangkin dan menyemarakkan semangat anak-anak dari golongan orang asli untuk terus hadir ke sekolah dan menimba ilmu.

“Bahkan ianya dapat meningkatkan keazaman para pendidik dan pembantu pendidik dalam memastikan setiap anak-anak yang belajar di sini mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran 3M (menulis, membaca dan mengira) yang terbaik,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Jamaliah (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang muridnya.

Jamaliah (kanan) menyerahkan sumbangan kepada salah seorang muridnya.

Menurut Pendidik Masyarakat Tadika KEMAS Kg. Langkap, Jamaliah Abdullah, kehadiran para murid dalam suasana norma baharu sekarang amat berbeza.

“Peningkatan kehadiran jelas membuktikan para ibu bapa sedar akan kepentingan pendidikan awal kepada anak-anak mereka terutamanya yang akan melangkah ke tahun satu pada tahun hadapan.

“Walaupun cabaran semasa memberi kesan kepada proses pembelajaran, namun hasil usaha bersama guru dan ibu bapa telah dapat membantu dalam memastikan setiap anak-anak mendapat pendidikan yang baik,” katanya.

Dalam program yang sama juga, murid-murid turut didedahkan dengan pembudayaan norma baharu dalam suasana pandemik COVID-19.

-AK

Tinggalkan komen anda