Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Had Pelepasan Cukai ke Atas Perbelanjaan Rawatan Perubatan Dinaikkan

By 6 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/Infografik RTM

PUTRAJAYA, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan menaikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, had pelepasan cukai bagi skop perbelanjaan pemeriksaan kesihatan penuh turut dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000.

“Sebagai tambahan, had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan bagi rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM8,000 ringgit.

“Peruntukan sebanyak RM24 juta disediakan bagi menangani isu masalah mental termasuk melalui pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan kerajaan terus menghargai petugas barisan hadapan apabila bersetuju melaksanakan pemberian sekali beri sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dijangka memanfaatkan 100 ribu petugas kesihatan.

-SH

Tinggalkan komen anda