
Foto: Facebook IMT-GT
PUTRAJAYA, 27 Nov (Malaysiaaktif) –Ā Mesyuarat Menteri-Menteri Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) Ke-26Ā telah mengenal pasti bahagian potensi kerjasama yang akan saling memberi manfaat kepada negara anggota.
Bagi tujuan ini, IMT-GT mencadangkan kepada kumpulan kerja dan pemegang kepentingan yang relevanĀ untuk melaksanakan cadangan tindakan intervensi strategik bagi meningkatkan kepentingan zon ekonomi khusus (SEZ), menangani cabaran utama dan menyokong kluster aktif dan usaha pengkhususan.
āSebilangan besarĀ SEZ terletak di sekitar koridor ekonomiĀ IMT-GT. Kami menghargai dapatan dan saranan kaji selidik Bank Pembangunan Asia (ADB) mengenai pendekatan kolaborasi kepada pembangunan dan kerjasama SEZ,ā katanya.
Mesyuarat ke-26 yangĀ diadakan menerusi sidang video pada Khamis dipengerusikan olehĀ Menteri Perdagangan Indonesia, Agus Suparmanto dan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Malaysia Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Kewangan ThailandĀ Arkhom Termpittayapaisith.
IMT-GT terdahulu melahirkan sokongannya bagi kerjasama rentas sempadan dalam aktiviti dan langkah-langkahĀ tokokan nilai untuk menggalakkan pelaburan domestik dan asing, meningkatkan peluang pekerjaan danĀ hubungan kepada rangkaian pengeluaran dan rantaian bekalan serantau secara inklusif dan mampan.
āSusulan pandemikĀ COVID-19, perdagangan digital menuntut penumpuanĀ antara kumpulan kerja bagi pertanian dan industri asas taniĀ (WGAA), kumpulan kerja bagi perdagangan dan pelaburanĀ (WGTI) dan kumpulan kerja bagi kesalinghubungan pengangkutan dan teknologi maklumat dan komunikasi (WGTIC).
āKami menyedari peranan penting teknologi maklumat dan komunikasi dalam meningkatkan kesalinghubungan cekap di sepanjang KoridorĀ Ekonomi IMT-GT, terutamanya di kawasan luar bandar. Sudah sampai masanya bagiĀ IMT-GT untuk mempercepat kemajuan Platform e-DagangĀ IMT-GT, yang akan dapat mengembangkan lagi pasaranĀ IMT-GT,ā katanya.
IMT-GT juga menggalakkan sektor swasta menggunakan platformnya dalam mendigitalkan aktiviti perniagaan mereka seiring dengan trend global.
āKami komited untuk meningkatkanĀ kerjasama IMT-GT dalam semua sektor, memanfaatkan kesalinghubungan terdahulu dengan selesainyaĀ sembilan daripada 37 projek kesalinghubungan fizikal IMT-GT dan mengukuhkan koridor ekonomi serta pembangunan SEZ bagi mengekalkan perdagangan dan rantaian bekalan dan menarik pelaburan berkualiti di tengah-tengah penularanĀ COVID-19 dan selepasnya,ā katanya.
Para perwakilan bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Menteri-Menteri IMGT-GT Ke-27 dan Mesyuarat berkaitan diĀ Malaysia padaĀ 2021.
— BERNAMA