Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Isu Akta Anti-Berita Tidak Benar Dibangkitkan di Dewan Rakyat

By 16 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 16 Nov (Malaysiaaktif) ā€“Ā Persoalan sama ada Akta Anti Berita Tidak Benar yang telah dimansuhkan akan dikembalikan semula antara yang ditimbulkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun memaklumkan bahawa sebarang berita palsu, laporan palsu dan penyalahgunaan media sosial akan didakwa melalui undang-undang sedia ada.

Undang-undang ini termasuk Kanun Keseksaan [Akta 574];Ā Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301]; dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Ini katanya selepas Akta Anti Berita Tidak Benar (Pemansuhan) 2020 [Akta 825]Ā diwartakan pada 30 Jan lepas.

SoalanĀ itu diajukan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) pada sesiĀ soal jawab yang turut mahu tahu mekanisme Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalamĀ membendung masalah penyebaran berita palsu terutama berkaitan COVID-19.

Jawapan Saifuddin dibaca oleh Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Dr Mah Hang Soon selepasĀ Saifuddin dimaklumkan malam tadi bahawa beliau tidak dibenarĀ memasukiĀ dewan kerana menjalani ujian calitanĀ awal beberapa hariĀ daripada jadual yang ditetapkanĀ Ā Parlimen.

Keputusan ujian Saifuddin adalah negatif, manakala Timbalan Menteri Datuk Zahidi Zainul Abidin pula tidak dapat hadir kerana mempunyai janji temu berjadual bersama doktor.

Mengenai mekanisme, Saifuddin berkata kementerian melalui agensi-agensinya seperti RTM, Jabatan Penerangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sertaĀ Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memberikan maklumat tepat dan tulen mengenai dasar-dasar kerajaan secara berterusan melalui platform masing-masing.

Katanya, kerajaan juga melaksanakan ProgramĀ Info On WheelsĀ (IOW),Ā kempen melalui publisiti bercetak dan elektronik termasuk melalui paparan elektronik (skrin digital) dan pengedaran risalah mengenai COVID-19 dalam usaha menangkis penyebaran berita palsu.

ā€œLebih satuĀ juta risalah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Iban dan Kadazan telah disediakan berkaitan COVID-19,ā€ katanya.

Saifuddin berkata kerajaan turut menangkis penyebaran berita palsu melalui perkongsian maklumat sahih menerusiĀ semua media sosial rasmi kementerian dan hingga kini sebanyak 987 hantaran menggunakan maklumat daripada Kementerian Kesihatan, RTM dan Bernama telah dikongsi.

—Ā BERNAMA

Tinggalkan komen anda