Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kembalikan Akta Antiberita Tidak Benar Tumpuan Dewan Rakyat Hari Isnin

By 16 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 16 Nov (Malaysiaaktif) –¬†Cadangan¬†untuk mengembalikan semula¬†Akta Antiberita Tidak Benar¬†yang telah¬†dimansuhkan¬†sebelum ini,¬†bakal dibincangkan pada¬†persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan yang akan diajukan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia berhubung akta tersebut serta mekanisme dilakukan kementerian bagi membendung masalah penyebaran berita palsu, terutamanya berkaitan pandemik COVID-19.

Selain itu, Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) akan mengajukan soalan kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai status semasa rasionalisasi pejabat-pejabat Education Malaysia di luar negara, manakala Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bertanya kepada Menteri Kanan Pendidikan mengenai pelaksanaan pendidikan dalam talian semasa wabak COVID-19 dan keberkesanannya.

Usai sesi itu, Menteri Kewangan akan mengemukakan Rang Undang-undang Kewangan 2020 untuk bacaan kali pertama.

Perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 berkenaan Belanjawan 2021 kemudiannya akan mengambil tempat untuk hari kelima.

Sidang Dewan bermula minggu ini akan berlangsung selama empat jam sehari iaitu mulai 10 pagi hingga 2 petang setiap Isnin hingga Khamis, selain mengehadkan hanya 80 Ahli Parlimen Р41 pihak kerajaan, 39 pembangkang dan Bebas Рdibenarkan berada di dalam dewan pada satu-satu masa.

Peraturan itu diperkenalkan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19.

Menurut takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda