
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)
BUKIT MERTAJAM, 12 Nov (Malaysiaaktif) – Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (MAPO) memudahkan orang ramai membuat laporan berhubung jenayah pemerdagangan orang.
Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) telah berkerjasama dengan Jabatan Imigresen Pulau Pinang menganjurkan satu sesi Sembang Santai kepada komuniti di Kg. Tanah Liat, di sini hari ini.

Pejabat Penerangan SPT bersama dengan Jabatan Imigresen Pulau Pinang menganjurkan satu sesi Sembang Santai kepada komuniti di Kg. Tanah Liat.
Ketua Unit Pendakwaan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Roshamsul Kamal Ahmad Tajri, berkata pemerdagangan orang adalah perbuatan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, seperti merekrut, memindah, melindungi, menyedia atau menerima seseorang bagi maksud eksploitasi.
“Eksploitasi merangkumi segala bentuk seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia.

Ketua Unit Pendakwaan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Roshamsul Kamal Ahmad Tajri menyampaikan penerangan berkaitan peranan MAPO.
“Penyeludupan bermaksud kegiatan mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam negara sama ada dengan kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang tersebut,” katanya ketika ditemui, di sini.
Mohd Rizal Abu Bakar yang juga Ketua Unit Rujukan dari Bahagian Penguatkuasa berkata, aktiviti pemerdagangan yang mudah difahami dan berlaku di sekitar negara adalah bekerja tanpa dibayar upah, dikurung tanpa kebebasan keluar dan memegang pasport milik pendatang asing.

IOW Pejabat Penerangan Daerah SPT mengedarkan risalah Norma Baharu dan Perangi COVID-19 di Program Sembang Santai kepada Agensi awam dan wakil-wakil Komuniti.
“Kerjasama erat penguatkuasa MAPO, selain daripada Jabatan Imigresen Malaysia, antaranya terdiri daripada empat agensi awam iaitu Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja,” katanya.
Selain itu, IOW Pejabat Penerangan Daerah SPT mengedarkan risalah untuk menyalurkan maklumat berhubung Norma Baharu dan Perangi COVID-19 di Program Sembang Santai tersebut.

Penyerahan Kit Pencegahan COVID-19 kepada Ketua Unit Pendakwaan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Roshamsul Kamal Ahmad Tajri pada Program Sembang Santai.
Turut hadir, Ketua Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Pulau Pinang Mohd Nasir Ahmad.
-ii-