Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Masih Catat Empat Angka dengan 1,009, Kes Pulih 839

By 6 November 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia masih mencatatkan angka empat digit iaitu 1,009 kes, menjadikan┬ájumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus itu kini 10,503 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 36,434 kes.

ÔÇťDaripada jumlah kes baharu,1,000 kes adalah penularan dalam negara manakala sembilan┬ákes lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dua kes dari India manakala satu kes masing-masing dari Kazakhstan, Indonesia, Korea Selatan, Nigeria, Afrika Selatan, Mexico dan Kemboja.

“Kesemua kes baharu hari ini melibatkan kes-kes di Sabah sebanyak 564 kes, Selangor (177), Wilayah Persekutuan Labuan (92), ┬áNegeri Sembilan (90), Pulau Pinang (36), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (14) Kedah (7), Sarawak (6), Perak (6), ┬áMelaka (5), Johor (2) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1),” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19┬ásemalam.

Dr Noor Hisham berkata kes pulih COVID-19 hari ini mencatatkan 839 kes menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya sehingga kini sebanyak 25,654 kes atau 70.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selain itu, terdapat enam kes kematian direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 adalah  277 kes, manakala 78 kes  positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda