Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Hebahan JaPen Tingkatkan Kesedaran Penduduk Jaga Kebersihan

By 6 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Daerah Barat Daya)

JALAN TENGAH, 6 Nov (Malaysiaaktif) – Penduduk mendakwa aktiviti pembuangan sampah terbuka telah menjadi punca pembiakan tikus, ular dan nyamuk semakin banyak di sekitar Pangsapuri Jalan Tengah di sini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Jalan Tengah Thomas De Dass, berkata penduduk di sini telah berasa kebimbangan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Jalan Tengah, Thomas De Dass menunjukkan sebuah tapak lapang terbiar berdekatan dengan padang permaian Pangsapuri Jalan Tengah.

Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Jalan Tengah, Thomas De Dass menunjukkan sebuah tapak lapang terbiar berdekatan dengan padang permaian Pangsapuri Jalan Tengah.

“Aduan demi aduan telah dipanjangkan kepada pihak berwajib namun hingga kini isu tersebut masih belum menemui jalan penyelesaian,” katanya.

“Rungutan dari penduduk setempat seringkali dibuat mengenai keselamatan keluarga mereka terutamanya di tapak lapang padang permainan yang berhampiran dengan blok pangsapuri tersebut,” katanya.

Pegawai JaPen BDB, Prakash telah mengedarkan risalah "Bahaya Demam Denggi" ke Pangsapuri Jalan Tengah,

Pegawai JaPen BDB, Prakash telah mengedarkan risalah “Bahaya Demam Denggi” ke Pangsapuri Jalan Tengah.

Menurut Thomas, isu tersebut berlaku disebabkan sikap segelintir penduduk hingga menyebabkan penduduk lain menerima kesannya.

“Pembuangan sampah yang tidak terkawal dan di merata tempat terutamanya di sekitar padang permainan dan di dalam longkang mengundang nyamuk dan makhluk perosak yang lain,” katanya kepada pegawai dari Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya (BDB) di tapak pembuangan sampah di tapak lapang padang permainan Pangsapuri berkenaan, semalam.

Pejabat Penerangan BDB melaksanakan tugas hebahan berkenaan bahaya Demam Denggi di sekitar Pangsapuri tersebut.

Pejabat Penerangan BDB melaksanakan tugas hebahan berkenaan bahaya Demam Denggi di sekitar Pangsapuri tersebut.

Sementara itu, Pejabat Penerangan BDB turut menjalankan hebahan dan mengedar risalah berkenaan bahaya Demam Denggi ke Pangsapuri berikutan terdapat beberapa kes Denggi telah berlaku di kawasan tersebut.

-ii-

Tinggalkan komen anda