Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Mangsa Banjir di Batu Kurau Terima Bantuan

By 15 November 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)

BATU KURAU, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Penduduk yang terjejas banjir di kawasan ini terutama di Kampung Sungai Ara menerima bantuan kerajaan.

Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) Mohamad Akmal Dahalan, berkata sumbangan bantuan tersebut diberikan ekoran musibah banjir yang dianggap agak teruk pernah berlaku baru-baru ini.

“Kita berharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terpaksa bertungkus lumus mengemas rumah masing-masing akibat banjir selain pendapatan mereka yang terjejas kerana rata-rata penduduk menjana pendapatan secara harian,” katanya ketika ditemui ketika menyerahkan bantuan kepada penduduk kampung tersebut, di sini semalam.

Mohamad Akmal turut berterima kasih kepada pihak Jabatan Penerangan (JaPen) Perak dan Pejabat Penerangan LMS yang turun padang dalam melakukan aktiviti ziarah kasih dengan memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

“Tindakan ini sewajarnya diteruskan dengan membantu golongan yang terjejas pendapatan dan inisiatif memberi bantuan makanan yang merupakan keperluan barangan dapur adalah salah satu cara meringankan beban mangsa sekeluarga,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda