Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PDRM Hargai Peruntukan RM17 Bilion Perkasa Khidmat Kepada Masyarakat – Ketua Polis Negara

By 7 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 7 Nov (Malaysiaaktif)Ā – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan penghargaan terhadap peruntukanĀ RM17 bilionĀ kerajaan kepada Kementerian Dalam NegeriĀ (KDN) bagi sektor pertahanan negara dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam kenyataan sebagai reaksi kepada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam berkata agihannya akan dimanfaatkan sepenuhnya demi memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Selain itu menurutnya pemberian RM500 secara one-off kepada 40,000 pesara polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan juga adalah satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan kepada pengorbanan dan bakti mereka selama ini.

Abdul Hamid berkata PDRMĀ akan memastikan peruntukan yang diberikan kerajaan dalam belanjawan berkenaanĀ dioptimumkan demi kemaslahatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amirudin Abdul WahabĀ berkata peruntukan RM27 juta untuk CyberSecurity yang dibentang dalam belanjawan itu merupakanĀ satu pengiktirafan jelas, yang menunjukkan kerajaan komited dalam usaha menangani serta mencegah ancaman jenayah siber.

Berdasarkan statistik insiden keselamatan siber Pusat Bantuan Cyber999 (kendalian CyberSecurity Malaysia) sehingga Oktober tahun ini, sebanyak 9,042 laporan dibuat berbanding 8,770 tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3.1 peratus.

“Tiga insiden tertinggi yang dilaporkan adalah penipuan (fraud), pencerobohan (intrusion) dan kod berbahaya (malicious code),” katanya.

“Justeru, peruntukan ini akan menyokong usaha serta inisiatif pembangunan program keselamatan siber antaranya program kesedaran keselamatan siber, pembangunan kapasiti dan teknologi serta infrastuktur keselamatan siber bagi tujuan menangani ancaman serta jenayah siber,” jelasnya.

Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk SeriĀ Zafrul Tengku Abdul AzizĀ dalamĀ pembentanganĀ Belanjawan 2021 mengumumkanĀ CyberSecurity diperuntukkan RM27 jutaĀ untuk meningkatkan kawalan keselamatan siber negara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda