Skip to main content
Berita UtaraKedah

Ride Against Drug: Erat Silaturahim dan Hindar Masyarakat daripada Dadah

By 7 November 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Armizie Hanazifs (Pendang)

PENDANG, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 55 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai program Ride Against Drug Bersama-sama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pendang, yang berlangsung di daerah ini baru-baru ini.

Penolong Pegawai AADK Daerah Pendang Nazir Kassim, berkata penganjuran program ini dianggap dapat memperkasakan komuniti dalam pencegahan penyalahgunaan najis dadah.

“Masyarakat amnya ibu bapa harus mengawasi anak-anak mereka dan mengambil tahu ke mana anak mereka pergi, dengan siapa mereka berkawan serta melibatkan diri bersama-sama keluarga dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah di rumah.

“Pemimpin masyarakat juga perlu memainkan peranan bagi memastikan masyarakat setempat dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah serta aktiviti keagamaan dalam menghindarkan masyarakat terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat dan bermoral,” katanya ketika ditemui sempena program.

Peserta program kayuhan Arfan Farhan, mewakili Kelab Kayuh Utara Harmoni (KAYUH), berkata program bertujuan menambahkan jaringan dalam kalangan peminat sukan berbasikal sekalipun dalam situasi pergerakan terbatas dalam menghadapi penularan pandemik COVID-19.

“Program ini turut mengingatkan peserta terhadap pemakaian pelitup muka menjaga kebersihan serta penjarakan fizikal mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Program anjuran AADK bersama-sama Pejabat Penerangan Daerah Pendang serta KAYUH ini bertujuan merapatkan silaturahim serta mengelakkan masyarakat daripada terbabit dengan gejala dadah.

Kayuhan dengan jarak 30 kilometer ini bermula dan berakhir di Taman Tasik Pendang dan semua peserta daripada pelbagai lapisan umur dan kerjaya berjaya menamatkan kayuhan berkenaan.

-SH

Tinggalkan komen anda