Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Virtual Run and Ride Imbangi Kesihatan Fizikal dan Arahan Kerajaan

By 12 November 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Leazmi Leman (Port Dickson)

PORT DICKSON, 12 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 60 orang peserta menyertai program Sepakat@Komuniti Pembudayaan Norma Baharu Virtual Run and Ride anjuran Pejabat Penerangan Port Dickson bagi mengimbangi kesihatan fizikal dan juga arahan kerajaan.

Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson Norhaidah Md. Esa, berkata penganjuran program tersebut berfokus kepada aktiviti sukan sambil beriadah.

“Pihak kami melaksanakan aktiviti larian sejauh lima kilometer dan kayuhan sejauh 10 kilometer secara maya yang mana peserta perlu membuat larian atau kayuhan mengikut kesesuaian masa dan lokasi masing-masing serta perlu menghantar jumlah kilometer melalui aplikasi ‘Whatsapp’ yang diwujudkan.

“Pihak penganjur turut meletakkan syarat utama yang mana peserta perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika beriadah iaitu mengutamakan amalan penjarakan sosial.

Peserta mengambil kelengkapan sebelum memulakan aktiviti.

Peserta mengambil kelengkapan sebelum memulakan aktiviti.

“Pihak kami menerima maklumbalas positif daripada penganjuran program seumpama ini yang menyatakan pendekatan digunakan unik serta menarik dalam penyampaian maklumat kepada orang awam,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, salah seorang peserta Mohd Ruzaini, 35, berkata beliau menyertai aktiviti larian sejauh lima kilometer ini bagi tujuan beriadah untuk kekal sihat.

“Sememangnya saya suka aktiviti larian dan mendaki, jadi apabila ada peluang dengan penganjuran program larian dan kayuhan secara maya ini, saya terus mendaftar untuk turut serta.

“Bukan hanya saya, tetapi kawan-kawan saya juga turut serta dan kami melaksanakan misi larian norma baharu ini bersama-sama,” katanya ketika hadir mengambil pingat penamat di Pejabat Penerangan.

Kebanyakkan peserta yang turut serta melahirkan keterujaan dan berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

-AK

Tinggalkan komen anda