Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Agong Selamat Pulang dari Lawatan di Abu Dhabi

By 26 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Istana Negara 

PUTRAJAYA, 26 Dis (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada pagi ini.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka dan delegasi selamat mendarat pada 11 pagi.

Sejurus keberangkatan tiba, Al-Sultan Abdullah menjalani ujian saringan COVID-19 di Kompleks Bunga Raya, KLIA mengikut ketetapan prosedur operasi standard oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Selepas menjalani ujian saringan COVID-19 di Kompleks Bunga Raya, Seri Paduka Baginda turut berkenan memakai gelang kuarantin dan akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari,” demikian menurut kenyataan itu.

Anggota delegasi Seri Paduka pula akan menjalani kuarantin diri di lokasi yang telah ditetapkan oleh KKM.

Terdahulu, sebelum berangkat pulang ke tanah air, Seri Paduka turut menjalani ujian saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi.

Lawatan khas selama lima hari Seri Paduka ke Abu Dhabi yang berakhir semalam adalah atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda