Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Harga Petrol RON95, RON97 Naik Lima Sen, Diesel Naik Tiga Sen

By 19 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik MoF

PUTRAJAYA, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Harga runcit petrol RON95, RON97 masing-masing naik lima sen seliter, manakala diesel naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam tadi.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.78, RON 97 (RM2.08) dan diesel (RM1.96).

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda