Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

I Care U Dekati Keluarga Susah di Kedah

By 23 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Alor Setar)

ALOR SETAR, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Program I Care U merupakan satu lagi inisiatif kerajaan negeri dalam menyantuni golongan yang kurang bernasib baik.

Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kedah (ICU) Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, berkata inisiatif ini merupakan kerjasama antara Pejabat ICU bersama-sama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensi seperti Giat Mara dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan juga kariah masjid.

“Kumpulan ini bersama-sama bergotong-royong membaik pulih sebuah rumah yang tidak sempurna daripada peserta yang dipilih melalui program e-Kasih.

“Apa yang menarik dalam projek ini adalah kita tidak melantik mana-mana kontraktor bagi membaik pulih rumah yang tidak sempurna tapi sebaliknya kita telah mengerahkan pegawai-pegawai daripada kalangan ICU, KPLB, Giat Mara dan penduduk-penduduk kawasan ini,” katanya yang ditemui dalam majlis Penyerahan Projek Siap Baik Pulih Rumah kepada seorang peserta di Kampung Kubang Siam, di sini kelmarin.

Mokhtar Yaacob, 51 bersama Replika Kunci Penyerahan Program I Care U.

Mokhtar Yaacob, 51 bersama Replika Kunci Penyerahan Program I Care U, di sini.

Menurut Dr. Megat, kerjasama ini dapat menjimatkan lagi kos baik pulih projek berkenaan.

“Rumah tersebut dijangka siap dalam tempoh dua hingga hari lagi, bukan sahaja baiki rumah, malah kami telah membuat sebuah tandas baharu di mana tandas asal agak teruk untuk digunakan.

“Kami berharap dapat menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada penerima bantuan dan keluarganya,” katanya.

Pemilik rumah, Mokhtar Yaacob, 51, terharu dengan bantuan yang diberikan dan yakin bahawa kerajaan sentiasa membela nasib rakyat.

“Saya berasa sangat terharu dan gembira kerana semua pihak turun padang dalam bersama-sama membaik pulih rumah saya, terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada pihak ICU, KPLB, Giat Mara, JPKK dan penduduk-penduduk di sini yang turut membantu,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda