Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

138 Keluarga Terima Sumbangan Bantuan Banjir

By 23 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/ Mohd. Mukhsin Abd. Rahim (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 138 penduduk terjejas banjir di daerah ini terutamanya penduduk Kampung Haji Wahab menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 setiap keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Alam Sekitar dan Perpaduan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam Dr. Robert Ling Kui Ee, berharap bantuan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mangsa terjejas.

“Diharapkan bantuan ini dapat membantu mangsa banjir meneruskan kelangsungan hidup terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik COVID-19,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Daerah Kuala Muda, di sini semalam.

Dr. Robert ketika berucap merasmikan majlis, di sini.

Dr. Robert ketika berucap merasmikan majlis, di sini.

Menurut Dr. Robert Ling, kerajaan negeri turut merancang memperbaiki saliran air di daerah ini.

“Rancangan Tebatan Banjir Sungai Petani sedang diusahakan dan dibangkitkan dalam mesyuarat Exco, marilah kita sama-sama mendoakan agar ianya dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, seorang penerima bantuan Azhar Ahmad, 64, melahirkan rasa gembira dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan.

“Saya berharap agar rancangan tebatan banjir yang dijanjikan dapat dilaksanakan dengan kadar segera agar masalah seumpama ini dapat dielakkan pada masa hadapan,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda