Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: 2,062 Kes, Satu Kematian

By 23 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Kes harian COVID-19 dalam negara terus menyaksikan empat angka iaitu sebanyak 2,062 kes, dengan Selangor menyumbangkan hampir separuh daripada jumlah kes, iaitu sebanyak 1,014 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka-angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 97,389 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 17,646 kes.

Kata beliau, satu kes kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu adalah 439 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,058 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19.

Sementara itu, beliau berkata jumlah sembuh adalah 911 kes menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 79,304 dan sehingga kini terdapat 111 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Mengenai kes kematian, Dr Noor Hisham berkata ia melibatkan lelaki bukan warganegara berumur 69 tahun, yang mempunyai sejarah strok dan jenazah dibawa ke Hospital Labuan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda