Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

IoW Medium Penyampaian Maklumat Secara Terus Kepada Masyarakat

By 11 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Khairuzzaki Ahmad/Mohd Najib Mohaini (Johor)

JOHOR BAHRU, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru menggunakan pendekatan aktiviti Info on Wheels (IoW) dalam usaha menyebarluaskan pemahaman maklumat kepada masyarakat setempat mengenaiĀ pandemikĀ COVID-19 dan denggi yang semakin menjadi kerisauan penduduk di daerah ini.

Menurut Pegawai Daerah Johor Bahru Abdul Rahman Salleh, pelbagai langkah sebagaimana yang telah disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun diambil bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan.

ā€œKakitangan Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru juga turut turun padang untuk memberi pencerahan tentang wabak COVID-19 dan Denggi kepada masyarakat setempat yang jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam menyalurkan maklumat yang sahih sehingga ke peringkat akar umbi.

Simbolik perasmian Info On Wheels (IOW), gerak tumpu Daerah Johor Bahru oleh Pegawai Daerah Johor Bahru Abdul Rahman Salleh.

Simbolik perasmian Info On Wheels (IOW), gerak tumpu Daerah Johor Bahru oleh Pegawai Daerah Johor Bahru Abdul Rahman Salleh.

ā€œSelain memberikan informasi untuk mengekang penularan wabak COVID-19 dan Denggi yang semakin menular di kawasan ini, turut dilaksanakan hebahan mengenai pelaksanaan Banci Penduduk dan Perumahan 2020,ā€ katanya semasa sidang media IoW di Masjid Taman Rinting, baru-baru ini.

Tambah beliau, Banci 2020 adalah sangat penting bagi mengenalpasti saiz, taburan, komposisi dan ciri sosio-ekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia di mana maklumat yang diperoleh akan digunakan untuk merancang, menggubal dan melaksanakan polisi Kerajaan Malaysia untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat pada masa hadapan.

Pegawai Penerangan Daerah Johor Bahru Norhasiswana Rasion, berkata pihaknya memilih pelbagai lokasi di daerah ini yang menjadi tumpuan masyarakat bagi menjayakan IOW antaranya pasar awam, restoran, kawasan riadah serta taman perumahan dan juga kawasan perkampungan.

ā€œUntuk program ini beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai zon merah COVID-19 seperti Mukim Plentong yang melibatkan Taman Kota Masai, Taman Rinting, Kampung Pasir Putih, Taman Scientex dan Kampung Baru Masai menjadi lokasi utama hebahan IoW.

Antara lokasi tumpuan hebahan IOW.

Antara lokasi tumpuan hebahan IOW.

ā€œBagi mengoptimumkan impak IoW, Pejabat Penerangan Daerah Johor Bahru akan memperkukuhkan hubungan bersama rakan strategik, agensi-agensi kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam penyaluran maklumat kepada rakyat,ā€ ujarnya.

Norhasiswana memaklumkanĀ program IoW ini merupakan inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia dalam mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat dan segala informasi melalui hebahan unit bergerak sebagai medium perantaraan bagi memberikan penerangan berhubung isu semasa dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, wabak Denggi dan Banci Penduduk 2020.

Turut hadir, Timbalan Pegawai Pemerintah MPV IPD Seri Alam SM Zakaria Abu Bakar.

-NI-

Tinggalkan komen anda