Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jeram Lubang Keramat – Permata Tersembunyi Ulu Bendul

By 23 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Ulu Bendul terkenal dengan hutan lipur yang indah dan Gunung Angsi yang merupakan antara antara gunung yang mencabar untuk didaki oleh peminat-peminat aktiviti mendaki.

Namun, disebalik terkenalnya hutan lipur dan Gunung Angsi, Ulu Bendul juga mempunyai air terjun di kawasan yang belum lagi diterokai di Kampung Batu 13.

Dikenali sebagai Jeram Lubang Keramat, ia terletak di jajaran Gunung Angsi 400 meter dari aras laut dan masih belum diteroka sepenuhnya.

Menurut pemilik tanah Mohd Shah Sahmsudin, 61, untuk sampai ke jeram ini orang ramai perlu melalui laluan yang curam dan mencabar di samping menikmati suasana hutan yang masih terpelihara.

“Jeram ini mempunyai lima kolam secara bertingkat, dan airnya cukup jernih, masih lagi belum tercemar, sehinggakan kolam pancing yang berada di sekitar sini juga menggunakan air dari jeram ini untuk mengairi kolam tersebut,” katanya ketika ditemui, di sini.

Tambah Mohd Shah, pihak Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan juga telah melihat kawasan tersebut untuk dikomersialkan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menghayati suasana flora dan fauna yang masih terpelihara di samping meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan itu.

“Sekiranya tempat ini dibuka kepada orang luar, besarlah harapan saya agar masyarakat boleh menghargai flora dan fauna ini tanpa mencemarkan kejadian semulajadinya,” katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda