Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Mangsa Banjir Teruja Lawatan PM di Kemaman

By 23 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KEMAMAN, 23 Dis (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, membuat lawatan singkat di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok Kemaman ditemani Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid.

Setibanya di PPS Bukit Mentok Kemaman, beliau diberikan taklimat situasi banjir oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mohd Zahari Md. Azahar.

Perdana Menteri memeriksa suhu badan sebelum memasuki PPS Bukit Mentok, Kemaman.

Perdana Menteri memeriksa suhu badan sebelum memasuki PPS Bukit Mentok, Kemaman.

Pada lawatan sejam beliau di PPS Bukit Mentok, Perdana Menteri sempat beramah mesra dengan mangsa banjir selain menyampaikan kit bantuan makanan kepada mereka.

Sementara itu, Roshana Idris antara mangsa banjir yang ditemui meluahkan rasa gembira dengan kehadiran Perdana Menteri ke PPS Bukit Mentok ini.

Perdana Menteri beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS Bukit Mentok, Kemaman.

Perdana Menteri beramah mesra dengan mangsa banjir di PPS Bukit Mentok, Kemaman.

“Saya terkejut apabila diberitahu Perdana Menteri akan hadir dan ini adalah kali pertama saya bertemu sendiri dengan Perdana Menteri secara dekat,” katanya.

Roshana Idris, mangsa banjir akui terkejut dan gembira apabila diberitahu Perdana Menteri akan melawat PPS Bukit Mentok.

Roshana Idris, mangsa banjir akui terkejut dan gembira apabila diberitahu Perdana Menteri akan melawat PPS Bukit Mentok.

Berkongsi rasa yang sama, Zunaidah Ali, 43 turut menyatakan rasa teruja dapat bersua mata dengan Perdana Menteri ke-8 itu.

“Saya begitu teruja bertemu dengan Perdana Menteri secara berdepan, dan pada saya kunjungan beliau ke sini adalah sesuatu yang amat bermakna secara peribadi kerana selama ini saya hanya dapat melihat beliau di kaca televisyan sahaja,” katanya.

Zunaidah Ali berkata kunjungan ke sini adalah suatu yang amat bermakna kepadanya secara peribadi.

Zunaidah Ali berkata kunjungan ke sini adalah suatu yang amat bermakna kepadanya secara peribadi.

Untuk rekod, sehingga pukul dua petang semalam seramai 999 orang melibatkan 257 keluarga masih ditempatkan di PPS daerah Kemaman dan Dungun.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Hanafiah Mat dan ADUN Air Putih Razak Ibrahim serta semua sekretariat pengurusan bencana.

-ii-

Tinggalkan komen anda