
PUTRAJAYA, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Satu letupan di sebuah kedai dobi di Bangunan Baitulmal, Jalan Miri-Pujut pagi semalam yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas, mengakibatkan seorang lelaki yang berada hampir dengan kedai itu mengalami kecederaan.
Lelaki berumur lingkungan 50-an yang dipercayai kakitangan Pejabat Hutan Wilayah Miri, yang terletak berhampiran dengan kedai dobi itu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian berkata lelaki itu dihantar oleh rakannya Hospital Miri untuk rawatan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Miri Timbalan Penguasa Bomba Mohamad Hamdani Madon berkata Balai Bomba dan Penyelamat Miri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian letupan itu pada kira-kira pukul 8.02 pagi.
“Tidak ada kebakaran. Kami mengasingkan papan panel elektrik dan memotong sistem CO2 (Karbon Dioksida) dalam bangunan itu sebelum memaklumkan petugas Sarawak Gas Distribution Sdn Bhd untuk tindakan selanjutnya. Unit Forensik kami diarah menyiasat kejadian,” katanya.
Letupan dari kedai dobi itu menyebabkan panel kaca dan pintu depan Pejabat Hutan Wilayah Miri yang terletak berhampiran, berkecai.
— BERNAMA