Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: 1,600 Kes Baharu Direkodkan

By 8 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 masih mencatat empat digit iaitu 1,600 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam negara sebanyak 74,294, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes aktif kebolehjangkitan sebanyak 11,604 kes manakala kes pulih berjumlah 1,033 dengan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 62,306.

Dr Noor Hisham berkata daripada 1,600 kes baharu ini, sebanyak 1,597 kes adalah kes penularan dalam negara manakala bakinya kes import.

“Negeri Sembilan melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 541 kes (33.8 peratus), diikuti oleh Selangor 426 kes (26.6 peratus) dan Sabah 248 kes (15.5 peratus).

“Lonjakan kes di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pertambahan kes dalam Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes (92.4 peratus) daripada jumlah kes keseluruhan di negeri itu yang mana kes-kes ini adalah terasing di dalam kawasan penjara,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata 584 kes (36.5 peratus) dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (500 kes), Kluster Tembok (49 kes), Kluster PTS Sibuga (17 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (lapan kes), Kluster Matambai (tujuh kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (dua kes), dan Kluster GK Tawau (satu kes).

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda