Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan Benarkan Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin

By 6 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah di seluruh negara tanpa kebenaran polis kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kelonggaran itu akan berkuat kuasa mulai Isnin ini.

Kerajaan juga katanya bersetuju semua kenderaan dibenarkan membawa penumpang mengikut jumlah kapasiti tempat duduk kenderaan masing-masing, mulai Isnin ini.

“Polis juga tidak lagi akan melakukan Sekatan Jalan Raya (SJR) mulai 7 Dis, tetapi memfokuskan kepada pematuhan SOP (prosedur operasi standard),” katanya pada sidang media perkembangan PKPP, semalam.

Katanya justeru kerajaan amat berharap agar rakyat menjaga keselamatan diri masing-masing dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang ditetapkan.

Sementara itu ketika memperincikan tangkapan ingkar SOP, Ismail Sabri berkata polis menahan 491 individu semalam.

Daripada jumlah itu katanya 437 individu dikenakan kompaun manakala 54 direman.

Mengenai Op Benteng, Ismail Sabri berkata seramai 116 pendatang asing telah berjaya ditahan serta satu bot dan satu kenderaan darat dirampas dalam operasi yang diadakan di seluruh negara.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda