Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Lelaki Ditemukan Mati Ketika Minta Sedekah

By 6 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki berusia 52 tahun ditemukan mati di Dataran Austin, Kuala Nerus pada kira-kira 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam berkaitan insiden itu pada 12.30 tengah hari.

“Saksi berkata lelaki tersebut adalah seorang peminta sedekah yang berada di luar pekarangan sebuah bank sebelum tiba-tiba rebah.

“Hasil pemeriksaan pasukan kesihatan mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda