Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKPD di Tiga Kawasan Bermula Isnin

By 28 Disember 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 28 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan akan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermulaĀ Isnin hingga 10 Jan depan di tiga kawasan, masing-masing melibatkan dua zon di Johor dan satu di Negeri Sembilan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri YaakobĀ berkataĀ PKPD itu melibatkan Pusat Koreksional Johor Bahru dan Kuarters Kakitangan, Batu 19 Jalan Ulu Choh-Pontian, Johor Bahru danĀ Dewan Arena Segitiga,Ā Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, Johor (yang menempatkan tahanan positif COVID-19) sertaĀ Penjara Jelebu dan Kuarters Kakitangan Penjara Jelebu,Ā Negeri Sembilan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) susulan peningkatan kes COVID-19Ā di lokaliti tersebut sekali gus mencegah penularan kes.

ā€œDi pusat koreksional, KKM mengesahkan terdapat lapan kes positif COVID-19 telah direkodkan dalam masa lapanĀ hari iaitu bermula 16 sehingga 23 DisĀ lepas.

ā€œKes-kes ini dikesan semasa Orang Kena Tuduh (OKT)Ā hadir bicara mahkamah di daerah lain. Terdapat seramai 685 orang dalam kalangan OKT dan kakitangan di PKJ yang terdedah kepada lapan kes positif tersebut,ā€ menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

PKPD ituĀ akan membabitkanĀ 937 tahanan, 322 anggota dan 128 ahli keluarga yang tinggal di kuarters meliputi 102 unit rumah.

Bagi PKPD di sebuah dewan di Mukim Kota Tinggi, katanya, KKMĀ melaporkan terdapat peningkatan jangkitan COVID-19 dikesan dalam kalangan tahanan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota TinggiĀ dan hasil saringan mendapatiĀ 125 kes positif COVID-19.

ā€œOleh itu, PKPD akanĀ dilaksanaĀ di Dewan Arena Segitiga, Lot 19094, Taman Desa Sejahtera, Mukim Kota Tinggi, untuk menempatkan kesemua tahanan yang positif COVID-19 dari Lokap IPD Kota Tinggi,ā€ katanya.

Sementara itu, katanya PKPD di Penjara Jelebu dilaksana berikutan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang melibatkan tahanan dan kakitangan di penjaraĀ dan kuarters kakitangan penjara itu.

ā€œSehingga 22 Dis, KKM telah melaksanakan 1,086 ujian saringan dan sebanyak 307 kes positif COVID-19 telah direkodkanĀ iaitu 305 kes dalamĀ kalangan OKT dan duaĀ kes wadar,ā€ katanya.

Ismail Sabri juga mengingatkan prosedur operasi standard (SOP) PKPDĀ di penjara berkenaanĀ sama seperti yang diumumkan sebelum ini,Ā termasuk tiada pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga tidak dibenarkan.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda