Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Polis Rampas 61 Botol Air Ketum Disorok dalam Tong Oren

By 30 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 30 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 61 botol berisi air ketum berisipadu 91.5 liter ditemui di Pangsapuri Penjawat Awam di Presint 5 yang disimpan dalam tong ais berwarna oren dan disorok di dalam bilik saluran gas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata kesemua botol air ketum itu ditemui pada pukul 12.30 tengah hari semalam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Putrajaya.

Katanya polis bertindak memeriksa bilik saluran gas yang terletak di salah satu blok pangsapuri itu selepas menerima maklumat orang awam mengenainya.

“Setibanya di lokasi, kita menemui satu tong oren dan didalamnya mengandungi 61 botol plastik lutsinar 1.5 liter yang setiap satunya diisi dengan cecair yang disyaki air ketum. Nilai anggaran kesemua air ketum itu RM1,525 dan tiada tangkapan dibuat di tempat kejadian. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau dipenjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda