Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Rasuah: Lima Individu Termasuk TKP Jabatan Direman Lima Hari

By 11 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Lima individu termasuk seorang Timbalan Ketua Pengarah bergelar ‘Datuk’ dan Setiausaha Bahagian sebuah jabatan kerajaan direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan skandal rasuah minyak gred berat di perairan negara.

Turut direman adalah tiga pengarah syarikat perkapalan termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman bermula hari ini hingga 15 Dis itu selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.

Menurut sumber SPRM, kelima-lima individu berusia antara 35 dan 54 tahun itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini, malam tadi.

Berdasarkan siasatan, kedua-dua pegawai kanan kerajaan itu dipercayai menyalahguna kedudukan dan kuasa mereka untuk mengeluarkan surat pengecualian kepada syarikat tertentu tanpa pengetahuan dan kelulusan Menteri Pengangkutan.

Perbuatan itu juga dilakukan tanpa pengetahuan ketua pengarah jabatan berkenaan yang sebelum ini mengeluarkan surat arahan larangan penggunaan Single Hull, Double Bottom (struktur kapal) dalam mengangkut minyak gred berat di perairan Malaysia, kata sumber itu.

Kes disiasat dibawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda