Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Semua Cawangan KWSP Kembali Beroperasi Seperti Biasa

By 2 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Semua cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan kembali beroperasi seperti biasa, bermula hari ini dengan semua perkhidmatan kaunter dibuka mulai pukul 8:30 pagi hingga 4:30 petang pada hari bekerja.

KWSP berkata ia akan terus mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang wajib di semua cawangan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“Ahli-ahli yang ingin berurusan di cawangan KWSP hendaklah membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda