Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeMAPutrajaya

SPRM Pandang Serius Dakwaan ‘Konspirasi dan Skandal Rasuah di Malaysia,’ Cubaan Cemar Imej

By 25 Disember 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 25 Dis (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius maklumat bertajuk ‘Konspirasi dan Skandal Rasuah di Malaysia’ yang tular semalam menerusi aplikasi WhatsApps menggunakan nama penulis dikenali sebagai Muhammad Fauzan Jamil.

SPRM dalam kenyataan semalam memaklumkan perkara itu adalah palsu serta fitnah dan e-mel yang digunakan juga palsu.

“Oleh itu, SPRM telah menghubungi penama terbabit menerusi nombor telefon 019-3499 238 yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebar luas pihak tertentu.

“Hasilnya, penama berkenaan menjelaskan menerusi WhatsApp bahawa beliau tidak mengetahui langsung berhubung penulisan tersebar itu menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya,” menurut kenyataan itu.

Susulan itu, penama terlibat akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Kenyataan SPRM turut menyebut bahawa tohmahan itu sengaja diadakan dengan niat mencemarkan imejnya dan berharap Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda