Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

23 Kes Gagal Patuh SHMMP Tahun Baharu Cina di Sabah

By 18 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Idris Sani Saberun (Kota Kinabalu)/KPDNHEP Sabah 

KOTA KINABALU, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 23 kes direkod membabitkan nilai rampasan berjumlah RM1,853.20 sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimim Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2021 di Sabah.

Meurut Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sabah Georgie Abas, sebanyak 1,920 premis diperiksa di seluruh negeri Sabah bermula 8 hingga 16 Februari yang lalu.

“Sepanjang tempoh tersebut, 21 daripada 23 kes dikenakan kompaun berjumlah RM3,200 keseluruhannya manakala dua kes masih dalam siasatan.

Premis yang gagal mematuhi SHMMP dikenakan kompaun.

Premis yang gagal mematuhi SHMMP dikenakan kompaun.

“Sebanyak 18 kes yang direkodkan membabitkan kesalahan peniaga tidak mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual manakala empat kes kesalahan menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan.

“Satu kes melibatkan kesalahan gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan kawalan musim perayaan yang dijual di premis perniagaan terbabit,” jelas beliau dalam satu kenyataan, di sini kelmarin.

Tambah beliau, secara umumnya pematuhan SHMMP Tahun Baharu Cina 2021 adalah memuaskan dan KPDNHEP Sabah berharap agar semua peniaga terus mematuhi SHMMP bagi perayaan-perayaan lain pada masa akan datang selain mengalu-alukan orang ramai untuk menyalurkan sebarang aduan ke Sembilan saluran aduan pengguna yang disediakan.

-SH

Tinggalkan komen anda