Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Dua Pengedar Dadah Dicekup, Dadah Seberat 12.81 Gram Dirampas

By 4 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Kuala Muda)

BUKIT SELAMBAU, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Sepasukan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan satu serbuan dan tangkapan terhadap dua lelaki bersama sejumlah dadah di kawasan Bukit Selambau.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah, serbuan berkenaan dilakukan di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam Bukit Selambau, pada petang Selasa lalu.

“Dalam serbuan berkenaan pihak polis berjaya menangkap dua lelaki Melayu masing-masing berusia 43 dan 40 tahun dan merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 12.81 gram.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dua suspek berkenaan positif dadah disyaki jenis Metamphatamine dan hasil semakan rekod kesalahan lampau, pihak polis mendapati suspek lelaki berusia 43 mempunyai empat rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) manakala suspek berusia 40 tahun juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah akta yang sama,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Menurut Adzli, nilai rampasan dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM970.00.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek terlibat dengan aktiviti penagihan dadah sejak tahun 2010 dan mendapat bekalan dadah untuk kegunaan sendiri.

“Kedua-dua suspek telah direman selama empat hari untuk siasatan dibawah Akta dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penajra selama dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan dikenakan hukuman sebat di antara tiga sehingga sembilan sebatan,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda