Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

COVID-19: Johor Catat Kadar Kebolehjangkitan Harian Tertinggi

By 4 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Facebook Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Johor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu pada 1.18 setakat semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau, Kuala Lumpur merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.12, diikuti Labuan (1.11), Terengganu dan Selangor masing-masing mencatatkan 1.10 manakala Sarawak (1.03) dan Pahang (1.01).

Negeri-negeri lain mencatatkan bacaan di bawah satu iaitu Perak 0.99, Melaka (0.96), Kedah dan Pulau Pinang (0.93), Putrajaya (0.90), Negeri Sembilan dan Sabah (0.89), Perlis (0.82) dan Kelantan (0.84).

Rt untuk seluruh negara pula ialah 1.09, katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda