Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Sembuh Atasi Kes Baharu

By 22 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/Infografik KKM

PUTRAJAYA, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Kes sembuh harian direkodkan terus meningkat kepada 4,456 kes berbanding kes baharu sebanyak 3,297.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu yang direkodkan, 3,291 merupakan kes tempatan dengan 1,402 melibatkan warganegara manakala 1,889 bukan warganegara.

“Laporan semalam turut merekodkan enam kes import yang melibatkan lima warganegara dan seorang bukan warganegara.

“Terdapat lima kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 adalah sebanyak 1,056,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Dr Noor Hisham, berkata Perak merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,215 kes yang dipercayai berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Jalan Changkat Jong iaitu sebuah kluster tempat kerja yang melaporkan kes sebanyak 1,046 kes.

“Bilangan kes yang tinggi ini adalah susulan perluasan saringan di tempat kerja dan pengesanan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan, diikuti oleh Selangor sebanyak 868 kes dan Johor sebanyak 431 kes

“Sebanyak 124 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (50 kes), Kluster Tembok Bendera (42 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (18 kes), Kluster Telok Mas (5 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (2 kes).

-SH

Tinggalkan komen anda