Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

KPDNHEP Pantau Harga Barangan Sempena Tahun Baharu Cina

By 11 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/U.Prakash (Barat Daya)

SUNGAI ARA, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Timur Laut bersama-sama Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya (BD) telah melaksanakan pemantauan harga barangan keperluan di Pasar Awam menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di sini.

Penguatkuasa KPDNHEP Muzir Rafhan Ibrahim, berkata para peniaga akur dengan 15 jenis barangan kawalan melalui Skim Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) berkuatkuasa bermula 8 Februari lepas hingga 16 Februari ini di samping pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) ini.

“Barangan yang disenaraikan dalam SHMMP menjelang musim perayaan ini adalah dikuatkuasakan selama sembilan hari.

Penguatkuasa KPDNHEP mengeluarkan Kenyataan Pemeriksaan kepada peniaga setelah berpuas hati dengan pemeriksaan yang telah dijalankan.

Penguatkuasa KPDNHEP mengeluarkan Kenyataan Pemeriksaan kepada peniaga setelah berpuas hati dengan pemeriksaan yang telah dijalankan.

“Tiga anggota kami ditugaskan bagi memastikan peniaga memathui harga barangan kawalan, mempamerkan harga jualan serta memastikan alat penimbang masih belum tamat tempoh sah penggunaannya,” katanya kepada Pegawai Penerangan yang turut serta dalam tindakan KPDNHEP hari ini.

Menurut beliau, antara barangan kawalan menjelang musim perayaan ini adalah seperti ayam hidup, telur ayam, cili merah, tomato, ikan bawal putih, udang putih besar dan beberapa barangan lagi.

Pejabat Penerangan BD turut dalam tindakan dengan unit bergeraknya, Info On Wheels (IOW) mengadakan hebahan mengenai pematuhan SOP PKP, Amalan Norma Baharu dan SOP terkini sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pejabat Penerangan BD turut mengadakan hebahan mengenai pematuhan SOP.

“Pemantauan harga akan tetap dijalankan setiap hari sepanjang musim perayaan ini bagi memastikan tiada peniaga yang cuba mengambil kesempatan dan tindakkan tegas akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah,” katanya.

Selain itu, pihak KPDNHEP juga mengeluarkan Kenyataan Pemeriksaan kepada peniaga setelah berpuas hati dengan pemeriksaan yang telah dijalankan.

Wakil pegawai dari Pejabat Penerangan BD mengedar poster Norma Baharu kepada para peniaga di sekitar pasar awam Sungai Ara.

Wakil pegawai dari Pejabat Penerangan BD mengedar poster Norma Baharu kepada para peniaga di sekitar pasar awam Sungai Ara.

Pejabat Penerangan BD melalui unit bergeraknya, Info on Wheels (IoW) mengadakan hebahan mengenai pematuhan SOP PKP, Amalan Norma Baharu dan SOP terkini sempena sambutan Tahun Baharu Cina serta membuat edaran poster Norma Baharu kepada para peniaga di sekitar pasar tersebut.

-ii

Tinggalkan komen anda