Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

LLM, PSKLM Serah Sumbangan Kepada PKRC 2.0 MAEPS

By 24 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid/Norfarhana (Petaling)/Manarina Aqila

SERDANG, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) menyerahkan sumbangan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC 2.0) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hari ini.

Sumbangan berupa makanan, minuman dan pelindung muka untuk kegunaan petugas di pusat tersebut disampaikan Pengerusi LLM, Datuk Abdul Rasyid Asari kepada Pengarah PKRC 2.0 MAEPS, Dr. Shahabuddin Ibrahim.

Turut hadir Ketua Pengarah LLM, Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan dan Yang Dipertua PSKLM, Datuk Azman Ismail.

Datuk Ir Mohd Shuhaimi Hassan berkata warga kerja industri lebuh raya seperti pasukan ronda, petugas plaza tol dan penyelenggaraan lebuh raya merupakan kakitangan barisan hadapan lebuh raya yang sentiasa berusaha menjaga pelanggan lebuh raya dengan baik.

“Terbaharu, infrastruktur lebuh raya turut memainkan peranan sebagai laluan utama pengangkutan vaksin COVID-19 ke seluruh negara sejak ia tiba di negara ini pada 21 Februari lalu.

“Oleh itu, kami memahami cabaran dan pengorbanan semua petugas barisan hadapan seperti kakitangan perubatan dan keselamatan dalam menghadapi pandemik ini,” katanya.

Pelindung muka turut disumbangkan LLM dan PSKLM untuk kegunaan petugas barisan hadapan PKRC 2.0 MAEPS.

Pelindung muka turut disumbangkan LLM dan PSKLM untuk kegunaan petugas barisan hadapan PKRC 2.0 MAEPS.

Sementara itu, Pengarah PKRC 2.0 MAEPS, Dr Shaharuddin Ibrahim melahirkan perasaan terharu dengan sumbangan daripada pelbagai pihak kepada pusat kuarantin tersebut.

”Alhamdulillah, semua agensi di PKRC 2.0 MAEPS bersyukur serta terharu dengan sokongan moral dan sumbangan daripada pelbagai pihak.

“Ini secara langsung menyuntik semangat para petugas daripada semasa ke semasa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit yang mendapatkan rawatan di sini.

“Harapan kita semoga rakyat terus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan para petugas terus berkhidmat dalam usaha melihat rakyat bebas daripada ancaman COVID-19 serta boleh meneruskan kehidupan seperti dahulu,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda