Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Perkhidmatan Feri Langkawi – Kuala Perlis Disambung Semula

By 28 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farhana Azlin Lajis (Langkawi)

LANGKAWI, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Perkhidmatan feri Langkawi – Kuala Perlis yang dihentikan sebelum ini akibat pandemik COVID-19 kini disambung semula dan memberi kelegaan banyak pihak.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom, berkata sektor pelancongan, peruncitan dan perhotelan di Langkawi, akan kembali rancak setelah penambahan perjalanan feri dan pembukaan semula Terminal Feri Kuala Perlis.

“Penutupan perkhidmatan feri untuk pelancongan dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Pulau Langkawi, secara tidak langsung menyebabkan sektor ekonomi di Langkawi mengalami kemerosotan yang ketara.

“Demi merancakkan lagi ekonomi di Langkawi, laluan masuk Langkawi dari Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah pula akan ditambah lagi satu perjalanan menjadikan dua kali sehari.

Perkhidmatan feri yang ditutup dari Langkawi - Kuala Perlis kini dibuka semula.

Perkhidmatan feri yang ditutup dari Langkawi – Kuala Perlis kini dibuka semula.

“Saya berharapĀ semua pelancong yang akan memasuki Langkawi perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang telah di tetapkan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui di Terminal FeriĀ Langkawi, di sini semalam.

Pemborong ikan bilis mata biru, Roziana Talib, 43, merupakan salah seorang penumpang yang ditemui, melahirkan rasa gembira apabila terminal feri Kuala Perlis sudah beroperasi, kerana ianya mampu merancakkan lagi ekonomi peniaga-peniaga seperti beliau.

“Kebenaran operasi iniĀ dapat membantu memenuhi permintaan pelancong ketika ini, bagaimanapun demi untuk mengekang penularan wabak COVID-19 hanya satu perjalanan dijadualkan beroperasi setiap hari setakat ini, daripada 10 perjalanan sebelum ini.

“Walau bagaimanapunĀ SOP yang telah ditetapkan kerajaan wajib dipatuhi,” katanya.

Hampir sebulan perkhidmatan feri ini dihentikan, ramai yang menarik nafas lega apabila perkhidmatan feri ini dibuka semula walaupun hanya satu perjalanan sehari.

-SH

 

Tinggalkan komen anda