Laporan/foto: Fauziah Abdullah (Seremban)/Mohd Khairulnizam Mohd Yunus (Negeri Sembilan)
SEREMBAN, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Pemilihan pasar tani sebagai salah satu medium penyampaian maklumat dan agenda kerajaan adalah langkah tepat kerana menjadi tempat tumpuan masyarakat setempat.
Pengarah Penerangan Negeri Sembilan Shahnon Mohamad, berkata Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sembilan sedang giat melaksanakan hebahan berkaitan Proklamasi Darurat dan Vaksin COVID-19 bagi meningkatkan kefahaman rakyat dan menyangkal salah faham yang wujud dalam kalangan masyarakat.
“Hebahan ini dilakukan melalui program jabatan iaitu Info on Wheels (IoW) di mana penyebaran maklumat dilakukan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi melalui kaedah bersemuka.
“Kita bukan sahaja ke pasar tani bahkan turut ke pasar malam bagi menyampaikan maklumat dan sehingga ke hari ini di seluruh Negeri Sembilan sebanyak 162 Program IoW telah dilaksanakan” katanya yang ditemui semasa program di Pasar Tani Taman Kemuning, di sini semalam.
Turut hadir, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan Asmizal Jaafar.
Selain hebahan berkaitan darurat dan vaksin COVID-19, amalan budaya norma baharu, National Task Force (NTF) Belanjawan 2021 dan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) turut dihebahkan.
-FF