Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Peniaga Lega SOP Baharu Kedai Makan

By 11 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Melaka Tengah)

MELAKA, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Peniaga kedai makan zahirkan ucapan terima kasih kasih kepada pihak kerajaan atas kelonggaran beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antaranya kebenaran makan di kedai makan.

Orang awam mula makan di kedai makan dengan mengikuti SOP yang telah di tetapkan antaranya dua orang untuk satu meja, merekod suhu, mengimbas kod Aplikasi Mysejahtera dan mengekalkan penjarakan di antara satu sama lain.

Peniaga kedai makan, Nasuha Al Azami, 38, berkata sepanjang tempoh PKP, sememangnya ramai peniaga rasa tertekan kerana pendapatan perniagaan amat terjejas sehingga 40 peratus ekoran peraturan yang tidak membenarkan orang ramai makan di kedai namun terpaksa juga membayar sewa kedai seperti biasa.

“Saya menghargai keprihatinan pihak kerajaan memikirkan nasib para peniaga kedai makan, selain itu bantuan kepada para peniaga menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) banyak membantu saya,” ujarnya.

Manakala bagi pelanggan, Abdul Samad Majid, 35, keputusan yang diumumkan oleh kerajaan bukan sahaja memberikan kelegaan kepada peniaga malah turut memberikan keselesaan kepada pelanggan terutama yang bekerja di luar kawasan pejabat.

“Syukur dapat makan di kedai, sememangnya susah nak cari tempat makan dan adakalanya terpaksa makan di dalam kereta.

“Dengan SOP baharu ini masalah ini selesai dan perniaga pun dapat menambah pendapatan,” katanya.

Peniaga kedai makan, Nasuha Al Azami bersyukur dengan SOP baharu.

Peniaga kedai makan, Nasuha Al Azami bersyukur dengan SOP baharu.

Tinggalkan komen anda