Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

3,384 Kes Baharu Serta 13 Kematian

By 12 Februari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 3,384 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan angka keseluruhan kes positif jangkitan itu berjumlah 254,988, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Dalam tempoh itu juga sebanyak 13 lagi kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif 936 kes, sementara  kes sembuh harian pula sebanyak 3,774 kes dan setakat ini, terdapat 51,783 kes aktif,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,369 merupakan jangkitan tempatan dan baki adalah kes import.

Selangor kekal mencatat jumlah kes baharu harian tertinggi sebanyak 1,082, diikuti Johor dengan 777 kes, Kuala Lumpur (435), Kedah (228), Sarawak (184), Pulau Pinang (144), Sabah (142) dan Melaka (101).

Sementara itu, Negeri Sembilan merekodkan 89 kes baharu, Perak (82), Kelantan (48), Terengganu (26), Pahang (21), Labuan (14) manakala Putrajaya pula melaporkan tujuh kes sementara Perlis, empat kes.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda