Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penularan COVID-19 Titik Tolak Kukuhkan Era Digitalisasi Jabatan – Sukari

By 18 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Warga Jabatan Penerangan (JaPen) diseru untuk melakukan transformasi ke arah meningkatkan mutu penyampaian dan perkhidmatan jabatan kepada masyarakat.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd. Sukari Ab. Hamid, berkata amanah dan tanggung jawab yang diberikan bukan semata-mata untuk memacu jabatan ke tahap lebih tinggi, sebaliknya lebih daripada itu.

“Dalam keadaan sekarang, JaPen perlu bersedia dan berkeupayaan untuk berhadapan dengan revolusi maklumat yang pantas di mana kita tidak lagi boleh berfungsi dengan bergerak seiring dengan isu semasa, namun perlu berada beberapa langkah di hadapan dalam penyampaian maklumat kepada rakyat.

“Namun saya percaya, tanggung jawab ini dapat digalas sebaiknya dengan adanya kesatuan, kerjasama, pengemblengan tenaga, perkongsian idea dan buah fikiran serta matlamat yang jelas daripada seluruh warga jabatan,” katanya ketika menyampaikan Amanat Ketua Pengarah Penerangan secara maya, di sini hari ini.

Menurut Sukari, seiring pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, jabatan turut berhadapan cabaran yang sama di mana penyampaian perlu dilaksanakan dengan norma baharu.

“Penularan pandemik merupakan satu titik tolak untuk kita memperkukuhkan era digitalisasi dalam jabatan.

“Program-program diberi pendekatan baharu dalm bentuk hybrid atau digital dengan aspek integriti, kepantasan dan profesionalisme dalam menjalankan tugas harus menjadi keutamaan.

“Menjadi kepentingan untuk semua warga JaPen untuk sentiasa mengamalkan ketiga-tiga nilai ini kerana kelangsungan jabatan berpaksikan kepada nilai-nilai tersebut,” katanya.

Tinggalkan komen anda