Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Nur Syafiq Mohd Kamaruzzaman (Tampin)
TAMPIN, 18 Feb (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin telah menjalinkan kolabrasi bersama Pejabat Penerangan Daerah menjalankan operasi pematuhan SOP Sambutan Tahun Baharu Cina dalam usaha membendung wabak COVID-19.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa telah menyatakan persetujuan susulan daripada pengumuman Pelaksanaan Proklamasi Darurat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 12 Januari lalu.
“Pelaksanaan proklamasi darurat ini saya setuju kerana ianya adalah usaha kerajaan bagi mengawal penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di negara kita.
“Namun begitu, jika pelaksanaan darurat ini diadakan untuk menyelamatkan sesebuah kerajaan ianya dilihat tidak wajar,” katanya ketika dalam sesi temubual khas.
Dalam pada itu, Mohd Isam berharap agar pihak kerajaan akan meneruskan komitmen dalam menjaga kebajikan rakyat dan sentiasa peka dengan keperluan yang perlu disalurkan sepanjang tempoh pandamik ini berlangsung.
“Saya berharap kerajaan akan terus fokus membantu rakyat di musim COVID-19 ini dan janganlah selitkan agenda politik,” katanya.
-FF