Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sambutan Tahun Baharu Cina Disambut Sederhana

By 11 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Buat pertama kali Sambutan Tahun Baharu Cina disambut dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0.

Tinjauan Malaysiaaktif di sekitar Kampung Cina, di sini mendapati suasana agak tenang berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam membuat persiapan menjelang sambutan perayaan tersebut.

Bagi pengusaha kedai runcit, Kok Lai, 74 sambutan pada kali ini amat berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini kerana negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 dan masih berada dalam PKP 2.0.

“Jika sebelum ini, sambutan meriah dengan kehadiran anak-anak untuk acara makan besar, namun tahun ini saya akan meraikan bersama dua orang anak yang masih tinggal bersama saya di premis ini.

Kok Lai, 74 meneliti risalah yang diedarkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu di Kampung Cina, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Kok Lai, 74 meneliti risalah yang diedarkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu di Kampung Cina, Kuala Terengganu, pagi tadi.

“Namun dengan adanya kemudahan telefon, kami sentiasa berhubung bagi berkongsi detik manis ini bersama dua orang anak yang menetap di Manir, Terengganu dan Negeri Johor,” ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya, di sini hari ini.

Boi Ah Heng, 40, yang menetap di Flat Cherung Lanjut, berkata sambutan tetap diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini, namun mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan agar tiada jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Beliau mengakui suasana bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini agak suram berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Boi Ah Heng, 40 berkata masyarakat Cina kurang berbelanja pada tahun ini bagi menyambut Tahun Baharu Cina.

Boi Ah Heng berkata masyarakat Cina kurang berbelanja pada tahun ini bagi menyambut Tahun Baharu Cina.

“Tahun ini, masyarakat Cina kurang keluar untuk berbelanja dan pendapatan sedikit berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Manakala bagi peniaga pasar pagi di Kampung Cina Pu Cee Teng, 97, berharap pandemik COVID-19 ini akan berakhir dengan secepat mungkin.

“Saya berharap kerjasama semua ahli masyarakat agar membudayakan norma baharu supaya tiada jangkitan COVID-19 dalam komuniti seterusnya berpeluang meraikan tradisi sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun akan datang bersama insan-insan yang tersayang,” katanya.

-ii

Tinggalkan komen anda