Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

1,360 Kes Baharu, 1,491 Sembuh, Dua Kematian

By 26 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Malaysia merekodkan sejumlah 1,360 kes baharu COVID-19 semalam dengan dua kematian dalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dalam tempoh itu juga, 1,491 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes pulih daripada COVID-19 di negara ini sebanyak 322,416 manakala angka keseluruhan kematian kini berjumlah 1,248 orang selain jumlah kes aktif kini ialah 14,504.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini (Khamis), 1,359 merupakan kes tempatan melibatkan 1,086 warga tempatan dan 273 bukan warganegara sementara satu lagi adalah kes import,” katanya menerusi akaun rasmi beliau di laman Twitter.

Beliau berkata sebanyak 157 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 72 individu memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi iaitu 356 kes diikuti Sarawak (308), Johor (129) dan Pulau Pinang (113).

Dr Noor Hisham memaklumkan dua kematian yang dilapor semalam membabitkan seorang lelaki dan wanita warganegara masing-masing berusia 89 dan 72 tahun dengan latar belakang penyakit kronik.

Beliau turut memaklumkan lapan kluster baharu dikesan melibatkan tujuh kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Kluster tempat kerja ialah Persiaran Maktab di Selangor, Bandar Sri (Kuala Lumpur), Paloh Rambai (Kelantan), Perusahaan LPK (Kedah), Merinding (Labuan), Putra Satu (Putrajaya) dan Tenegang (Sabah) manakala kluster komuniti ialah Siasai Tamu di Sabah.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda