
Laporan/foto: Hanizatul Azwa Mat Lazim/Nuratikah Abdullah (Teluk Intan)
TELUK INTAN, 13 Mac (Malaysiaaktif) ā Seramai 156 petugas barisan hadapan (bukan kesihatan) menerima suntikan vaksin COVID-19Ā menerusi Program Vaksinasi Daerah Hilir Perak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin, berkata penerima awal suntikan vaksin ini termasuklah Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Ketua Angkatan Pertahanan Awam, Ketua Balai Bomba, Pegawai Imigresen dan Pegawai Kebajikan Masyarakat.
āPada awalnya rakyat keliru serta bimbang apabila mendengar khabar angin yang mengatakan pengambilan vaksin ini memberi kesan sampingan kepada penerima sedangkan hakikatnya pengambilan vaksin tersebut adalah selamat.
āWalau bagaimanapun Ā mereka yang menghidapi penyakit kritikal dan mempunyai alahan teruk dikehendaki untuk memaklumkan kepada pihak hospital bagi mendapatkan khidmat nasihat doktor sebelum pengambilan suntikan vaksin tersebut,ā katanya yang ditemuiĀ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 Kuarters Klinik Kesihatan Teluk Intan, di siniĀ semalam.
Mohd Azhar turut menyeru rakyat di daerah ini agar melakukan Pendaftaran Program Vaksinasi di aplikasi MySejahtera bagi sama-sama menyokong usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.
Sementara itu, Penolong Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Hilir Perak Manmathan Subramaniam, 40, mengucapkan terima kasih kerana terpilih mewakili Jabatan RELA untukĀ menerima vaksin tersebut.
āSaya berharap agar masyarakat India tidak khuatir atau takut dengan pengambilan vaksin dan berharap mereka tampil ke depan untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini,ā katanya.
~RJ~