Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

7 Ribu Anggota RELA Terlibat Penugasan COVID-19 Seluruh Negara

By 24 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juslie Bacle/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Tujuh ribu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terlibat dalam penugasan COVID-19 di seluruh negara.

Ketua Pengarah RELA Yahya Sulaiman, berkata para anggota berkenaan secara langsung dalam penugasan tetap di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), selain menjaga keselamatan dan memberi penerangan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Buat masa sekarang, ramai anggota terlibat dalam penugasan tetap setiap bulan seperti menjaga keselamatan dan penerangan mengenai SOP kepada masyarakat,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertuan Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini semalam.

Jelas beliau, kunjungan tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan diri sejak dilantik ke jawatan tersebut pada 9 November 2020.

Ditanya mengenai penugasan di Sabah, Yahya mendedahkan dianggarkan seramai 165 anggota RELA bertugas di sekurang-kurangnya 130 lokasi di Sabah pada setiap hari dalam rondaan serta pertugasan pemantauan SOP.

Pada kunjungan tersebut Yahya ditemani Pengarah RELA Sabah, Mohammad Pauzi Jhumat.

Yahya (kiri) menerima cenderamata penghargaan daripada Tun Juhar.

Yahya (kiri) menerima cenderamata penghargaan daripada Tun Juhar.

-RI

Tinggalkan komen anda