Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

WKB 2030 Rangsang Pertumbuhan Ekonomi Sabah

By 24 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Haizul Rohani/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 akan merangsang pertumbuhan ekonomi serta pembangunan luar bandar di Sabah.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), WKB telah menyediakan plan pembangunan khusus untuk Sabah.

“Selaras dengan salah satu objektif utama WKB 2030 iaitu ‘Pembangunan untuk Semua’ kerajaan komited untuk memastikan pembangunan yang mampan di setiap negeri termasuklah di negeri Sabah.

“Sebanyak 1,039 projek pembangunan dengan peruntukan sebanyak RM5.01 billion telah diluluskan khusus untuk Sabah bagi pelaksanaan projek-projek merentasi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

“Antara projek pembangunan utama di Sabah yang sedang dilaksanakan ialah Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, projek pembesaran Pelabuhan Kontena Sapanggar Bay, projek menaik taraf 50 buah sekolah daif secara sistem binaan berindustri (IBS) dan projek Jalan Perhubungan Desa Negeri Sabah.

Muhyiddin (kiri) bersama moderator, Farish Aziz dalam sesi soal jawab bersama Perdana Menteri.

Muhyiddin (kiri) bersama moderator, Farish Aziz dalam sesi soal jawab bersama Perdana Menteri.

“Usaha juga terus digiatkan untuk membina dan membaik pulih rumah di negeri ini melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan sebanyak RM369.8 juta.

“Selain itu, RM800 juta diperuntukkan untuk menyediakan Bantuan Makanan Tambahan dan Bantuan Geran per-kapita untuk kanak-kanak Tabika dan Taska Kemas melibatkan seramai 1 juta kanak-kanak bagi unjuran tahun 2021 hingga 2025,” katanya ketika ditemui di Dewan Bankuasi Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, kelmarin.

Program itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof serta menteri-menteri kabinet perseketuan dan negeri.

-RI

Tinggalkan komen anda