Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

UPPM Bantu Galak Masyarakat Daftar Vaksin COVID-19

By 24 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Haizul Rohani/Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) memainkan peranan bagi menggalakkan masyarakat mendaftar sebagai penerima vaksin.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Inanam Datuk William Majimbun, berkata UPPM sentiasa mengadakan program kesedaran masyarakat tentang kepentingan vaksin.

“Program-program agensi kerajaan dengan masyarakat seperti ini sangat penting khususnya dalam memberikan keyakinan akan keselamatan dan kepentingan mengambil vaksin khususnya di sekitar Inanam yang mempunyai kawasan yang agak luas dan ada kampung yang agak terpencil.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Penerangan dan Jabatan Kesihatan kerana menganjurkan program seperti ini, kerana ia memudahkan masyarakat untuk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19 dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

“Saya berharap masyarakat terutamanya yang berada di luar bandar akan mendaftarkan diri untuk divaksin bagi menjayakan usaha kita memerangi wabak COVID-19 ini,” ujarnya ketika ditemui di Tamu Pekan Inanam, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu Hasmawati Karodda, Pegawai Promosi Kesihatan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Marcus Sambag dan Pengerusi Tamu Inanam Philip Joseph.

William (tengah) dan rombongan menyantuni peniaga Pekan Inanam sambil mengedarkan risalah berkaitan cara pendaftaran vaksin COVID-19.

William (tengah) dan rombongan menyantuni peniaga Pekan Inanam sambil mengedarkan risalah berkaitan cara pendaftaran vaksin COVID-19.

-RI

Tinggalkan komen anda