Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

9000 Pengunjung Rancakkan Ekonomi TAS

By 29 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saberiya Patiroi (Kota Kinabalu)

TAWAU, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Pasar Tamu Ahad Sabindo (TAS) semakin meriah dengan kunjungan lebih kurang 9000 orang pengunjung sejak mula dibuka kepada pengunjung setelah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilonggarkan.

Tinjauan pematuhan norma baharu di lokasi TAS yang terletak di tengah pusat bandar di Jalan Habib Sheikh, dekat sini mendapati pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Gerai Takada (PPPGT) Tawau Hussien Ahmat, berkata suasana pasar mingguan tersebut kembali meriah dengan kehadiran pengunjung.

“TAS hanya mampu menempatkan 315 gerai sahaja berbanding lebih 700 gerai jualan sebelum ini.

“SOP dalam kalangan penjaja dan juga pengunjung sepanjang satu kilometer TAS perlu dititik-beratkan, justeru beberapa langkah proaktif telah diambil oleh pihak Majlis Perbandaran Tawau,” katanya ketika ditemui di pasar tersebut, di sini baru-baru ini.

Tambahnya, lokasi TAS yang jauh lebih luas dan selasa mengambil kira penjarakkan khemah ke khemah dengan jarak dua meter gerai ke gerai menambah keyakinan orang awam datang ke pasar tersebut.

“Anggota penguatkuasa dari pelbagai agensi turut ditempatkan di pasar berkenaan bermula dari pukul 6 pagi hingga 1 tengah hari di mana aspek pematuhan dan keselamatan menjadi keutamaan bagi mengelakkan penularan virus COVID-19 di sini.

“Dengan kehadiran ramai pengunjung sekali gus memberi nafas lega kepada para peniaga tempatan.

“Bagaimanapun, kita berharap orang ramai sentiasa mengamalkan 3S (Sesak, Sempit dan Sembang Dekat ) ketika berbelanja di TAS,” jelas beliau.

-RI

Tinggalkan komen anda