Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Amalan Kelestarian Pemangkin Kelangsungan Perniagaan

By 12 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Malaysia sedang menyaksikan pecutan transformasi ekonomi dalam kalangan komuniti perniagaan tempatan, khususnya ketika bergerak ke arah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) seperti yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lim Ban Hong berkata pandemik itu telah menyerlahkan kepentingan amalan kelestarian yang merangkumi kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di kalangan pemain industri tempatan.

Katanya, kriteria itu telah membawa pelbagai peluang yang membolehkan produk mesra alam untuk berjaya di pasaran tempatan dan global, sambil menambah penerimaan ESG boleh menyumbang besar kepada kemajuan ekonomi negara dalam pasca pandemik.

Dalam usaha untuk mengekalkan kelangsungan industri tempatan, pemain industri digalakkan bagi mengguna pakai model perniagaan yang mampan, salah satunya termasuk penggunaan sumber alternatif dalam penghasilan produk mereka.

“Saya ingin menggesa lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana untuk mendaftar secara aktif bagi program kerajaan, terutamanya oleh MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) serta 13 agensinya untuk meningkatkan kesediaan mereka dalam bersaing di peringkat global dan mengukir kejayaan melangkaui pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda