Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hargai Air, Sayangi Hutan, Kasihi Bumi

By 30 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azreen Ahmad/Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Jasin)

JASIN, 30 Mac (Malaysiaaktif) –  Program Gotong Royong Sempena Sambutan Hari Air Sedunia, Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Bumi Tahun 2021 Peringkat Daerah Jasin telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai isu-isu berkaitan dengan sumber air melalui pelan strategik dan pengurusan serta pelaksanaan oleh setiap negara di seluruh dunia dengan tema “Hargai Air” pada tahun ini.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Rim Datuk Wira Ghazale Muhamad, berkata pengurusan sumber air yang cekap dan berkesan merupakan fokus utama untuk pengekalan dan kelestarian sumber air di negara ini.

Pelepasan anak ikan ke Sungai Chohong yang disempurnakan Ghazale (dua dari depan).

Pelepasan anak ikan ke Sungai Chohong yang disempurnakan Ghazale (tiga dari depan).

“Selaku pentadbir muka bumi, adalah menjadi tanggungjawab utama kita semua untuk merealisasikan perkara ini tanpa menidakkan keperluan kehidupan lain.

“Sambutan Hari Air Sedunia memenuhi sasaran Matlamat Pembangunan Mampan yang dilancarkan pada tahun 2015 oleh United Nation, iaitu bagi memastikan setiap individu mempunyai akses kepada air bersih pada tahun 2030,” katanya ketika merasmikan program tersebut di Taman Rekreasi Sungai Chohong, di sini baru-baru ini.

Sebanyak 20,000 benih anak ikan lampam yang disumbangkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka dilepaskan di persisiran Sungai Chohong sebagai simbolik acara ini.

-KN

 

Tinggalkan komen anda